Monday, November 16, 2026
Guna pelekat sebagai ganti jahitan....
Tak perlu lagi bersusah payah menjahit .Guna pelekat fabrik ini untuk membaiki pakaian dengan jauh lebih mudah dan cepat. Baju yang koyak atau labuh....Gantikan jarum dan benang dengan pelekat. Hanya lekat dan seterika kerja siap dalam beberapa minit sahaja.Lekat-Lekat terus siap...hihi.
Ini contoh pelekat yang biasa saya guna setelah potong kaki seluar yang panjang.Beli di online shop saja.
Thursday, November 12, 2026
Panduan Jenis Soket Elektrik
Apabila melancong ke Rantau Asia Tenggara, kita perlu bersedia menghadapi pelbagai jenis soket eletrik seperti Type A,B,C,F dan G.Walaupun hampir semua negara dirantau ini menggunakan bekalan Voltan yang sama dengan Malaysia (220V - 240V) reka bentuk lubang soketnya berbeza-beza mengikut sejarah setiap negara.
Tip penting sebelum melancong ke Negara Asia Tenggara, bawa Universal Travel Adapter.Alat ini merupakan keperluan paling penting kerana kebanyakan negara seperti Indonesia dan Thailand menggunakan plag 2 pin bulat (Type C) atau 2 pin rata (Type A).Juga panduan soket eletrik bagi destinasi pelancongan popular rakyat Malaysia sering dikunjungi seperti Japan, Eropah, Australia, New Zealand, Amerika dan negara lain-lain.
![]() |
Thursday, November 5, 2026
Wednesday, November 4, 2026
Monday, November 2, 2026
Kelebihan Surah Yasin Ayat 9 " Doa Pelindung Diri"
"Platform Shopping Online paling tinggi tahun 2026 "
Platform belian dalam talian yang mencatat peningkatan dan populariti tinggi di Malaysia merangkumi beberapa nama utama:
** Shopee: Kekal sebagai platform e-dagang paling dominan dan tinggi trafik di Malaysia dengan tawaran diskaun dan voucher.
** TikTok Shop: Semakin melonjak naik kerana menggabungkan ciri-ciri media sosial dgn livestream yg memudahkan pembeli berinteraksi/online chat terus dengan penjual.
** Lazada: Terus menjadi antara pilihan utama rakyat Malaysia untuk pelbagai kategori barangan harian,elektronik dan fesyen
Ada 1 lagi Pinduoduo, kini menjadi bualan hangat dan fenomena paling baru dlm dunia e-dagang di Malaysia.Iklan promosi platform ini memang kelihatan dimana-mana terutamanya IG, tiktok & Ytube.Pasti sudah ramai terjebak membeli belah Pinduoduo ini disebabkan harga murah.
"Keep me on it "



.jpg)

.jpg)





.jpg)


